Isnin, 5 Disember 2016

Sekali Aku Jatuh Cinta

Usaha menjadi yang terbaik memang susah. Ujian melanda- landa. Nak berubah orang sekeliling tak percaya. Kencam. Hentam. Tapi Allah saja yang tahu, niat hati (nawaitu) seseorang tu macam mana. ikhlas ataupun tidak. Kuatkah dia? Allah......Tapi Inshaallah dengan niat yang betul, Allah akan bantu dan Alhamdulillah sikit demi sikit, perubahan perangai tu makin berubah untuk menjadi yang terbaik setakat yang kita mampu.

Tetapi manusia mudah lupa, Menghukum seseorang tu dengan kisah yang lama. Tak melihat pengorbanan selama ini, kerana satu kesilapan (mb kesilapan yang sangat besar sukar untuk terima). Lupus pengorbanan, kesetiaan, kenangan,. Allahhhhh...... masa tu baru tahu langit tinggi rendah, Allah sedang menguji hamba-NYA. Ya lah nak ke step seterusnya memang dapat halangan macam macam. Bukan senang. Salah satunya macam ni la, situasi sekarang.

Memang susah nak menerima. Berat ya Rabbi. Makan xlalu dah. tak ingt dah makan ke belum pun tatau. setiap malam menangis, Berdoa dalam hati, merayu supaya semuanya baik baik saja. Masa menangis tu baru tau betapa kerdilnya diri ni dengan ego. Dekat sapa lagi nak luah,nak merayu kalau bukan dekat DIA. Allah takkan uji hamba-Nya lebih dari kemampuannya. Tapi aku tak mampu, aku tak kuat, aku perlu kekuatan yang banyak untuk hadapi hari seterusnya.

Aku percaya, aku yakin ada hikmah disebalik semua ni untuk lebih matang dalam perhubungan. Lebih berhati- hati. Dalam perhubungan mesti ada kesilapan. Jadi kesilapan tu tengah mencari jalan penyelesaian. Ruang dan peluang diperlukan.

Simtom curang memang takdak. Kalau ada mb dah lama aku kena. Dah lama kantoi. Tapi mb kalinih memang aku silap. Aku manusia yang selalu melakukan kesilapan. Tetapi Allah tetap bagi peluang dan ruang untuk aku menebus kesilapan. Cuma aku mohon, aku memang perlukan peluang untuk menebus kesilapan ni. Aku nak buktikan aku bukan macam dulu.

Bila aku pandang aku sayu, aku sedih. Moga hati aku kuat, tabah,
Terima kasih hadiah yang paling terindah ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan